Minggu Pengguna 2012

Kelab Pengguna Sekolah SMK Pinji akan menganjurkan satu program Minggu Pengguna 2012 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji selaras dengan dasar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), iaitu pada 24 hingga 28 September 2012. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan.

Kem Kepimpinan 2012

Perubahan Tarikh Ganti Persekolahan

PERUBAHAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERSEKOLAHAN HARI SABTU- 22 SEPTEMBER 2012 Adalah dimaklumkan bahawa tarikh ganti persekolahan hari Sabtu bagi sekolah-sekolah di negeri Perak yang telah diluluskan Cuti Berganti pada 17 Ogos 2012 (Jumaat) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya dijalankan pada 22 September 2012 (Sabtu) dipinda kepada 29 September 2012 (Sabtu). Pindaan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada tarikh berkenaan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan jadual waktu hari Jumaat. Sekian, terima kasih.

Sambutan Kemerdekaan ke-55